Editor Sarawak Report dakwa wartawan WSJ curi sumber


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown kecewa selepas mendakwa tidak mendaoat kredit daripada penulis Billion Dollar Whale kerana mendedahkan skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2018

EDITOR Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini mengecam Billion Dollar Whale, dan berkata beliau yang mula-mula mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad dan memberikan mereka sumbernya.

Dalam terbitan terbaru di Sarawak Report hari ini, Rewcastle-Brown berkongsikan 23 bab daripada bukunya, “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose”, mendedahkan butiran pertukaran antara beliau, sumbernya dan wartawan The Wall Street Journal Tom Wright dan Simon Clarke.

Petikan itu kata Rewcastle-Browwn, mencabar dakwaan penulis Billion Dollar Whale bahawa “orang dalam yang menyiasat 1MDB menghampiri mereka”.

Rewcastle-Brown berkata, ketika beliau menerima maklumat mengenai dakwaan pembabitan bekas perdana menteri Najib Razak dalam skandal itu dan “bayaran AS$680 juta” yang mencurigakan, beliau yang mula mendekati Wright, dan berkata beliau “menunjukkan lebih berminat kepada cerita 1MDB berbanding akhbar lain, sering berhubung dengan saya dan melaporkan persoalan berkenaan dana itu”.

Beliau turut berkongsikan maklumat dengan WSJ dan beliau percaya cerita itu merupakan “dinamit antarabangsa” dan memerlukan “platform utama”.

Beliau memberikan maklumat kepada Wright mengenai Xavier Justo, dalang utama dalam pendedahan PetroSaudi terhadap skandal 1MDB, serta memberikan hubungannya.

Penulis Billion Dollar Whale, Tom Wright ketika hadir pada pelancaran buku itu di Suria KLCC, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2018

Belaiu turut menyatakan butiran pertukaran dengan Clarke, dan berkata beliau sendiri yang membawanya berjumpa sumbernya di London untuk mengesahkan kebenaran dokumen yang menuduh penglibatan Najib.

Bagaimanaun, sebaik sahaja laporan WSJ disiarkan, yang memberi kesan kepada situasi politik di Malaysia,  kedua-dua Wright dan Clarke bukan sahaja menolak permintaannya untuk tidak mengambil tindakan yang akan menjejaskan sumbernya, tetapi juga gagal memberi kredit kepada laman webnya untuk kerja itu.

“Saya rasa dikhianati kerana mereka sengaja mencantas saya, perantara utama dalam kisah itu. Saya juga sedia maklum kredit yang dijanjikan untuk Sarawak Report digugurkan daripada artikel mereka!” katanya.

Billion Dollar Whale yang diterbitkan di Malaysia semalam mendapat sambutan, dengan 200 salinan habis dijual di kedai buku Kinokuniya, Suria KLCC.

Wright yang turut hadir pada pelancarannya di Kuala Lumpur, menulis buku itu bersama rakan sejawatnya Bradley Hope. – 26 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen