PKR letak jawatan lantikan politik di Kelantan


Pertandingan tiga penjuru dijangka berlaku di Kelantan dan negeri lain pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2017.

SUSULAN berakhirnya kerjasama antara dua parti, PKR di Kelantan, negeri ditadbir PAS melepaskan semua jawatan pelantikan politik.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PKR Mohammad Azihan Che Seman berkata tujuh ahli melepaskan jawatan dalam majlis daerah.

“Selepas PAS memutuskan ikatan dengan PKR pada Mei, biro politik PKR mengarahkan semua ahli yang memegang jawatan daripada lantikan politik di Kelantan melepaskan kedudukan masing-masing, dalam satu surat daripada setiausaha agung parti pada 17 Mei.

“PKR Kelantan bertemu dua kali, pada Mei dan Jun untuk membincangkan perkara itu, dan dipersetujui tujuh ahli akan meletak jawatan pada 31 Julai, seperti diarahkan kepimpinan pusat.”

Ahli yang meletak jawatan ahli majlis di majlis daerah ialah:

* Bendahari Pemuda PKR Kelantan Mohd Khairul Anuar Azhan (Majlis Daerah Kerteh);

* Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Mohd Khairul Amin Abd Rahman (Majlis Darah Tumpat);

* Setiausaha Pemuda PKR Kelantan Mohd Syahid Mohd Kamaruddin (Majlis Daerah Dabong);

* Ketua Bahagian PKR Gua Musang Zulqarnain Zakaria (Majlis Daerah Gua Musang);

* Ketua Pemuda PKR Machang Muhammad Arif Mukhtar (Majlis Daerah Machang);

* Ketua Wanita PKR Machang Women Chu Jok Lan (Majlis Daerah Machang);

* Bendahari PKR Machang Tan Teck Seng (Majlis Daerah Machang).

Daripada tujuh ahli berkenaan, hanya Khairul Anuar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ahli majlis.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berlaku di Kelantan dan negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, dengan Gagasan Sejahtera milik PAS, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan berebut kerusi Parlimen dan DUN. – 7 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen