KERJA-kerja projek Kampus Muzium Sarawak dan Jejak Warisan bernilai RM308 juta diarahkan untuk dihentikan selepas Jabtan Kesihatan mengumumkan tapak projek sebagai kawasan yang diserang wabak denggi.
Ia berikutan sembilan orang dilaporkan dijangkiti penyakit berpunca daripada nyamuk sejak 24 September lalu. Mereka semuanya tinggal dan bekerja di kawasan tapak projek tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Dr Jamilah Hashim berkata sembilan orang yang terdiri daripada peker-pekerja projek dan tiga yang lain adalah dari warga awam.
Kawasan itu ditutup dibawah Seksyen 8(3)(a) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) bagi kerja vector.
Akhbar Borneo Post melaporkan jabatan Dr Jamilah telah mengemukakan lima kompaun dan sedang memproses enam lagi kompaun terhadap pemaju projek PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd.
Selepas wabak itu diumumkan pada 9 September lalu, pantauan terhadap tapak itu menemui 11 tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitarnya.
Pantauan pada 20 September pula menemui masih wujud kawasan pembiakan Aedes di kawasan itu.
Akibatnya, tempoh selama seminggu penutupan sementara tapak projek diarahkan bagi pemaju projek itu membersihkan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
Muzium Sarawak yang berusia 126 tahun itu merupakan kawasan tumpuan utama di Bandar Kuching.
Dibina pada tahun 1891 oleh Sir Charles Brooke, ia menempatkan lebih 200,000 artifak menjadikannya sebagai tempat yang paling banyak dipetik sebagai pengumpulan bahan arkeologi terpenting, selain sejarah alam semulajadi dan koleksi etnografi di Borneo.
Projek itu dijadualkan selesai pada bulan Jun 2020.– 26 September, 2018.
Komen