PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini menyatakan kesediaan mengadakan pertemuan dengan Kim Jong-un selepas sidang kemuncak bersejarah antara pemimpin Korea Utara itu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Abe yang setahun lalu memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tidak akan berdiplomasi dengan Korea Utara, kini mengambil sikap lebih terbuka namun berhati-hati dalam ucap tama terkininya pada badan dunia itu.
Namun beliau berkata sebarang sidang kemuncak yang bertujuan untuk menyelesaikan sengketa terhadap Korea Utara kerana menculik rakyat Jepun berdekad dulu merupakan satu isu yang amat sensitif bagi kebanyakan rakyat negara matahari terbit itu.
“Untuk menyelesaikan isu penculikan tersebut, saya juga bersedia untuk membuang rasa tidak percaya terhadap Korea Utara, memulakan lembaran baharu dan bertemu Pengerusi Kim Jong-un,” kata dalam ucapannya.
“Tetapi jika bertemu, maka saya yakin ia perlu membawa kepada penyelesaian isu penculikan,” katanya.
Korea Utara menculik puluhan rakyat Jepun pada 1970-an dan 1980-an untuk mengajar perisik rejim itu mengenai bahasa dan budaya Jepun. – AFP, 26 September, 2018.
Komen