CHINA hari ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjual beberapa alat ganti ketenteraan kepada Taiwan, berkata ia menambahkan lagi ketegangan antara kuasa-kuasa besar dunia.
Kontrak jualan itu menyaksikan alat ganti kapal AS bagi beberapa pesawat termasuk pesawat pejuang F-16 dan pesawat kargo C-130, menurut Jabatan Negara dalam satu kenyataan semalam.
China mengecam perjanjian tersebut dengan berkata ia melanggar undang-undang antarabangsa dan norma hubungan luar negara sambil menegaskan rasa sangat tidak puas hati dengan dengan tindakan AS itu.
Bagi Beijing, Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya yang menunggu masa untuk disatukan dan perjanjian dengan AS itu mencetuskan curiga.
Jurucakap kementerian luarnya, Geng Shuang memberitahu sidang akhbar yang China telah mengemukakan kenyataan sebagai tanda protes rasmi kepada AS. – AFP, 25 September, 2018.
Komen