Menteri Austria diselar berhubung cadangan sekat media kritikal


Menurut e-mel yang yang disiarkan dalam akhbar Der Standard dan Kurier, Menteri Dalam Negeri Austria Herbert Kickl mengarahkan bahagian media pasukan polis wilayah supaya "membataskan komunikasi kepada keperluan undang-undang yang minimum". – Gambar EPA, 25 September, 2018.

MENTERI Dalam Negeri Austria Herbert Kickl diselar selepas akhbar melaporkan kementeriannnya mengarahkan polis membataskan kerjasama dengan media yang dianggap terlalu kritikal.

Menurut e-mel yang yang disiarkan dalam akhbar Der Standard dan Kurier, kementerian Kickl mengarahkan bahagian media pasukan polis wilayah supaya “membataskan komunikasi kepada keperluan undang-undang yang minimum”.

E-mel tersebut - yang disahkan kementerian sebagai sahih - jelas sekali menamakan Der Standard dan Kurier.

Ia juga menamakan akhbar mingguan Falter yang menjalankan beberapa siasatan mengenai kerja-kerja dalaman kementerian berkenaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia juga menyebut polis menunjukkan kewarganegaraan dan status imigresen suspek kes jenayah dalam kenyataan awam.

Kementerian mempertahankan kandungan e-mel yang bocor itu, namun menegaskan yang ia bukan dari Kickl sendiri, sebaliknya dari jurucakap beliau. 

Kementerian juga berkata garis panduan itu hanyalah satu cadangan dan bukan satu perintah yang wajib diikuti. – AFP, 25 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen