Polis Jepun tahan wanita simpan mayat bayi dalam loker


Seorang wanita Jepun berusia 49 tahun disyaki membuang mayat bayi dalam sebuah loker sejak lima tahun lepas. – Gambar AFP, 25 September, 2018.

POLIS Tokyo hari ini menahan seorang wanita berusia 49 tahun yang disyaki membuang mayat bayi dalam sebuah loker dan terdapat laporan mengatakan suspek sering memindahkan mayat itu sejak lima tahun lepas.

Jurucakap polis Tokyo berkata suspek meninggalkan mayat bayi itu di dalam loker dekat Stesen Uguisudani.

Menurut media tempatan, wanita yang menganggur itu menyerahkan diri dan mengaku menyimpan mayat tersebut dalam loker berlainan di stesen itu sejak bayi berkenaan mati ketika dilahirkan “empat tahun lepas”.

Suspek juga berkata mayat itu disimpan kerana panik dan tidak sanggup untuk membuangnya, lapor Kyodo News.

Kyodo melaporkan suspek juga membuat keputusan untuk menyerah diri selepas dihalau keluar dari rumahnya. Dia juga meninggalkan kunci loker yang berisi mayat itu dengan harapan ia akan dijumpai. – AFP, 25 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen