Polis Turki tahan 21 suspek cubaan rampasan kuasa 2016


Orang ramai menahan seorang askar Turki yang terlibat dalam rampasan kuasa pada 2016. – Gambar AFP, 24 September, 2018.

POLIS Turki hari ini menahan sekurang-kurangnya 21 suspek kerana disyaki mempunyai kaitan dengan satu rangkaian yang didakwa menjadi dalang percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Polis telah melancarkan operasi serentak bagi memburu kesemua suspek di 54 lokasi di seluruh Istanbul, lapor akhbar harian Hurriyet.

Kebanyakan suspek merupakan bekas guru yang bertugas sama ada di sekolah kendalian rangkaian itu atau institusi pendidikan negara.

Ankara menyalahkan Fethullah Gulen, seorang ulama Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan rangkaiannya telah didakwa mendalangi satu pemberontakan pada Julai 2016, yang meragut nyawa 250 orang.  – Bernama, 24 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen