Bill Cosby berdepan hukuman penjara


Bill Cosby, 81, berdepan hukuman maksimum 30 tahun kerana mencabul Andrea Constand di kediamannya di Philadelphia pada Januari 2004. – Gambar EPA, 24 September, 2018.

IKON televisyen Amerika Syarikat (AS), Bill Cosby akan kembali ke mahkamah Pennsylvania hari ini untuk menghadapi hukuman atas serangan seksual, lima bulan selepas sabitan terhadapnya.

Cosby yang berusia 81 tahun dan lemah -  dulu dikenali sebagai “Bapa Amerika” - berdepan hukuman maksimum 30 tahun kerana mengambil dadah dan mencabul Andrea Constand di kediamannya di Philadelphia pada Januari 2004.

Beliau akan menjadi selebriti pertama yang dijatuhkan hukuman sejak pendedahan skandal moful filem, Harvey Weinstein pada 2017.

Pelakon dan pelawak yang telah memenangi anugerah itu pada 26 April lepas didapati bersalah atas tiga tuduhan serangan tidak senonoh melampau, setiap satu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Menurut laporan laman web TMZ, pendakwa akan memohon Cosby disumbat terus ke penjara, manakala peguamnya memohon supaya beliau ditahan di rumah sementara menunggu keputusan rayuan.

Pasukan peguamnya mungkin akan meminta mahkamah memberi kelonggaran atas faktor umur dan kesihatannya. Cosby bertegas mengatakan beliau kini buta. – AFP, 24 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen