Cuba usahakan hubungan ‘bertamadun’ dengan AS


Havana sedang berusaha untuk mencapai hubungan “yang bertamadun walaupun berbeza ideologi.”– Gambar AFP, 24 September, 2018.

PRESIDEN Miguel Diaz-Canel berkata kerajaan Cuba mahu membina sebuah hubungan “bertamadun” dengan Amerika Syarikat (AS) walaupun penetapan embargo dikenakan ke atas pulau itu oleh AS sejak 1962.

Bercakap kepada akbar kerajaan Cuba ketika tiba New York bagi Persidangan Umum PBB, Diaz-Canel berkata beliau akan menggunakan ucapannya di perhimpunan tahunan itu untuk menolak embargo komersial, ekonomi dan kewangan “yang gagal dan akan terus gagal.”

Mengenai hubungan Cuba dan AS, beliau menambah Havana sedang berusaha untuk mencapai hubungan “yang bertamadun walaupun berbeza ideologi.”

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan yang dipimpin Presiden Donald Trump itu adalah “pentadbiran yang sukar untuk membentuk hubungan sama rata.”

Persidangan itu menjadi persidangan antarabangsa untuk Diaz-Canel selepas beliau mengambil alih pentadbiran pada 19 April lalu menggantikan abang-abangnya, Fidel dan Raul Castro.

Ucapan beliau dijadualkan pada 26 September depan, 58 tahun ketika Fidel Castro kali pertama berucap di pentas yang sama.– AFP, 24 September, 20


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen