Dua maut taufan Noru landa barat daya Jepun


Taufan Noru dirakam satelit NASA dikategorikan sebagai hurikan kategori 2 yang mampu membawa angin berkelajuan maksimum 170 kilometer sejam. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2017.

TAUFAN Noru yang membawa hujan lebat serta angin kencang membadai kawasan barat daya Jepun menyebabkan dua orang terbunuh, kata pihak berluasa pada Ahad dan turut mengeluarkan amaran tanah runtuh dan banjir.

Salah seorang mangsa lelaki berusia 60 tahun yang tinggal di pulau terpencil Yakushima mati selepas angin kuat menyebabkannya terjatuh sebelum kepalanya terhentak kuat, kata Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

Seorang lagi mangsa lelaki berusia 80 tahun yang tinggal di kejiranan Tanegashima lemas pada Sabtu selepas tergelincir ketika memeriksa botnya, menurut agensi itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Noru dikesan hanya di luar perairan kepualauan Kyushu.

Taufan Noru dengan kelajuan 162 kilometer (100 batu) sejam, bergerak menuju ke timur laut dan berada pada laluan menuju ke barat daya Jepun, dan berkemungkinan tiba ke pulau Shikoku awal Isnin.

Agensi itu turut memberi amaran ancaman tanah runtuh, banjir, hujan lebat, angin kencang dan ombak besar di barat daya negara itu.

“Berikutan pergerakan taufan itu perlahan, sesetengah kawasan berdepan dengan risiko tanah runtuh dan bencana lain,” katanya. – AFP, 6 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen