Timbalan Menteri nafi hubungan dengan suami orang


Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis menafikan dakwaan blogger yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan pembantu. – Gambar Facebook, 24 September, 2018.

AHLI Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis menafikan dakwaan blogger bahawa beliau mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang telah berkahwin yang juga pembantunya.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Cuasa itu menulis penafiannya dalam satu hantaran Facebook dan beliau telah melaporkannya kepada pihak polis.

“Laporan ini dilakukan supaya polis dapat mulakan siasatan terhadap penulis blog itu,” kata beliau di samping mengatakan penulis blog itu mahu merosakkan imej beliau sebagai pemimpin masyarakat.

Munirah juga merupakan Ketua Wirawati Warisan Sabah, sayap wanita parti itu.– 24 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen