WANITA kedua tampil dengan tuduhan salah laku seks terhadap Brett Kavanaugh, calon Presiden Donald Trump bagi jawatan hakim bersekutu di Mahkamah Tinggi AS.
Senat Demokrat sedang menyiasat dakwaan mengejut Deborah Ramirez berusia 53 tahun mengatakan Kavanaugh mendedahkan tubuhnya di hadapan beliau di sebuah parti Universiti Yale pada 1980-an, Kavanaugh juga dikatakan menggosok kemaluannya di wajah Ramirez dan memaksanya memegang kemaluan.
Bagaimanapun, Kavanaugh menafikan insiden itu, mengatakan ia sebagai satu “tuduhan jahat, terlalu mudah”
“Siapa yang kenal saya tahu perkara itu tak pernah berlaku seperti yang saya katakan sebelum ini,” kata hakim konsevatif itu dalam sebuah kenyataan.
Tuduhan itu adalah isu terbaru yang menyelubungi Kavanaugh yang bakal menjalani perbicaraan minggu ini melibatkan seorang profesor universiti yang baru-baru ini mendakwa beliau menyerangnya ketika menjadi pelajar di sekolah tinggi yang sama.
Atrtikel New Yorker itu ditulis bersama Ronan Farrow yang sebelum ini melaporkan salah laku seksual Harvey Weintein seorang mogul industri perfileman yang kemudian mencetuskan gerakan #metoo. artikel itu turut disumbang Jane Mayer.
Anggota seniot Republikan turut menyuarakan kebimbangan mereka tuduhan terbaru itu akan memberi kesan kepada pencalonan.
“Ini adalah tuduhan serius, dan sangat mengganggu terhadap Brett Kavanaugh. Ia harus disiasat dengan teliiti,” kata Senator Mazie Hirono.
Ramirez sebelum ini teragak-agak tampil kerana mengingati keadaan mabuknya ketika kejadian. Namun setelah mendapat nasihat peguam, beliau yakin dan menggesa satu siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dijalankan.
“Saya yakin siasatan FBI akan dijamin,“kata beliau kepada wartawan New Yorker.– AFP, 24 September, 2018.
Komen