Menjelang persidangan PBB, Trump bertemu PM Jepun bincang ketenteraan


Presiden Donald Trump sukar diramal musuh-musuh dan sekutu-sekutunya.– Gambar AFP, 24 September, 2018.

PRESIDEN AS Donald Trump hari ini tiba di New York seminggu sebelum persidangan pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bertemu Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. 

“Ke New York. Bertemu Perdana Menteri Jepun Abe malam ini. Akan bincang ketenteraan dan perdagangan. Kita sudah banyak bantu Jepun, saya nak lihat hubungan yang lebih erat. Semua akan berlaku!” ciap Trump di twitter sebelum helikopter mendarat di Wall Street.

Korea Utara dan Iran dikatakan sedang berusaha untuk mendominasi persidangan PBB di mana Trump akan menjadi tumpuan utama ekoran beliau banyak menyinggung diplomasi global.

Selepas pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan sikapnya yang tidak menghiraukan perjanjian nuklear dengan Iran, Trump yang sukar diramal akan berucap di hadapan musuh-musuhnya dan sekutu-sekutu yang tidak selesa dengannya Selasa depan.

Hari berikutnya, beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai senjata pemusnahan besar-besaran yang akan tertumpu kepada Iran, di samping akan mencetuskan pertembungan dengan kuasa-kuasa besar lainnya.– Gambar AFP, 24 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen