Hentikan e-voting, audit sistem pemilihan PKR


SISTEM e-voting terbukti masih belum matang dan PKS masih belum bersedia untuk berdepan dengan cabaran ini, maka saya menyeru kepada pimpinan pusat parti agar hentikan e-voting dengan segera.

Di samping itu, saya mencadangkan agar parti melantik bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah untuk mengaudit segala proses pengundian dalam pemilihan parti ini.

Saya yakin dengan pelantikan YB Maria yang neutral, profesional akan kembalikan integriti pemilihan demokrasi ini serta sekali gus meyakinkan rakyat Malaysia serta anggota terhadap PKR.

Pemilihan PKR bermula dengan pengundian di negeri Kedah dan Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Buat kali pertama sistem e-voting diguna pakai untuk memudahkan proses pengundian serta menggalakkan penyertaan di kalangan ahli parti.

Namun, perjalanan proses pengundian berakhir dengan keadaan kecoh, huru-hara serta pelbagai masalah timbul sehingga ada pergaduhan berlaku. Kejadian ini bercanggah dengan pemilihan parti yang angkat prinsip demokrasi sebenar iaitu “satu ahli satu undi”.

Isu yang timbul dalam hari pertama mengundi perlu diambil serius oleh pimpinan pusat parti. Masalah termasuk kesilapan gambar dan nombor calon di atas kertas undi, keputusan 0 undi bagi beberapa calon, dan perbezaan QR Code yang dicetak berlainan jumlah bilangan anggota keluar mengundi tinggi mencapai hampir 50 %.

Tindakan tegas perlu diambil oleh pimpinan pusat parti agar keadaan kelam kabut dalam proses pengundian tidak berulang lagi serta memastikan sistem pemilihan parti dapat dijalankan dalam keadaan yang demokrasi, adil dan telus. – 24 September, 2018.

* Lee Khai Loon ialah Adun Machang Bubuk dan calon Majlis Pimpinan Pusat PKR.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen