IMIGRAN yang mendapat faedah umum seperti baucar makanan dan perumahan boleh dinafikan kad hijau dalam usul undang-undang baru pentadbiran Presiden AS Donald Trump.
Trump berjaya menjadi presiden ketika beliau berikrar untuk menyusahkan imigran di negara itu di samping mengurangkan jumlah mereka yang tinggal di AS.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) semalam dilaporkan berkata di bawah usul perundangan baru, penerima yang layak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini dianggap sebagai “faktor negatif yang amat membebankan” bagi melayakkan mereka mendapat hak pendudukan tetap secara undang-undang.
“Usul undang-undang itu akan dilaksanakan ketika Kongres meluluskannya bagi mempromosi kehidupan yang terjamin terhadap imigran negara itu di samping menjaga sumber-sumber negeri bagi memastikan mereka tidak menjadi beban kepada pembayar cukai Amerika.” Kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kirstjen Nielsen.
Imigran yang memohon kad hijau diminta untuk membuktikan diri mereka tidak menjadi “caj awam” dengan faedah resit tunai yang dipertimbangkan.
Namun, undang-undang baru itu dibentangkan sebagai faedah bukan tunai yang boleh menyebabkan ketidaklayakan menerima baucar makanan dan perumahan selain subsidi kesihatan yang boleh membantu mengurangkan kos ubat-ubatan.
DHS menjangkakan undang-undang itu akan memberi kesan terhadap 382,200 imigran yang memohon untuk menukar status mereka menjadi penduduk tetap setiap tahun.
Ia juga akan memberi kesan besar kepada imigran yang mereka yang mahu masuk ke AS secara sah mengikut undang-undang berikutan imigran tanpa dokumen sah diwartakan sebagai tidak layak bagi semua faedah-faedah awam.– AFP, 23 September, 2018.
Komen