Kehadiran China cetus kemarahan di Zambia


Dasar ekonomi Presiden Zambia Edgar Lungu yang memasukkan syarikat-syarikat China sebagai pemegang tender awam dengan pinjaman dari negara itu membangkitkan kemarahan rakyatnya.– Gambar AFP, 23 September, 2018.

SEPANDUK “China sama dengan Hitler” diangkat di Lusaka, ibu negara Zambia oleh penunjuk perasaan yang membantah kawalan ekonomi China yang semakin kukuh ke atas negara selatan Afrika itu.  

Penunjuk perasaan James Lukuku yang mengetuai parti politik kecil di negara itu ditahan polis dan menghabiskan masa di dalam lokap ekoran protes yang dilakukannya.

Bagaimanapun, beliau tidak berseorangan dalam bantahan kehadiran China dalam pembangunan ekonomi negara yang dilaksanaka Presiden Edgar Lungu yang banyak mengusahakan pinjaman untuk ibu negara itu.

Kritik yang diterimanya menjangkaui Afrika kerana projek mega China di negara itu boleh mengakibatkan ekonomi yang rapuh menjadi semakin buruk.

“Saya mahu tarik perhatian komuniti antarabangsa pengaruh China dan rasuah yang berlaku di Zambia,” kata Lukuku yang memakai kemeja dengan slogan #sayno2China.

Di Lusaka dan seluruh negara itu, China kini sibuk membinca projek mega seperti lapangan terbang, jalan, kilang dan stesen polis dengan menggunakan pinjaman China.

Kebanyakan tender awam dianugerahkan kepada negara itu ekoran pelabur China menawarkan bantuan “tidak bersyarat” kepada Zambia dan beberapa negara Afrika yang lain. – AFP, 23 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen