SERAMAI 12 kru sebuah kapal dagang yang didaftarkan di Switzerland, dilaporkan diculik sekumpulan lanun, ketika berada di perairan Nigeria, semalam.
Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan berkata, kapal Glarus yang membawa bendera negara itu, diserang lanun ketika sedang belayar di perairan Nigeria.
Katanya, Pejabat Navigasi Maritim Switzerland sudah menghubungi syarikat pengendali kapal terbabit, namun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.
Media tempatan Switzerland melaporkan sekumpulan lanun menyerang kapal yang membawa gandum itu ketika berada di antara Lagos dan Pelabuhan Harcourt, sebelum menculik 12 daripada 19 anak kapalnya.
Sementara itu, Massoel Shipping syarikat perkapalan yang mengendalikan Glarus gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas. – AFP, 23 September, 2018.
Komen