6 beradik desak pengundi Arizona jangan pilih Paul Gosar


Paul Gosar, akan menentang calon Democrat David Brill bagi mengekalkan kerusinya di kawasan pedalaman dan konservatif Arizona. – Gambar AFP, 23 September, 2018.

ENAM adik-beradik ahli kongres Republican dari Arizona yang bakal menyertai pilihan raya semula pada November, secara terbuka memilih lawannya dari Democrat.

Paul Gosar, yang kali pertama menyertai Kongres pada 2011 dengan sokongan populis gerakan Tea Party dan dikenali dengan pandangan kerasnya tentang imigresen, akan menentang calon Democrat David Brill bagi mengekalkan kerusinya di kawasan pedalaman dan konservatif itu.

Enam daripada sembilan adik beradiknya tampil dalam satu video pada Jumaat untuk kempen Brill, mencetuskan kejutan dan reaksi apabila pergaduhan keluarga itu terpampang di semua media negara.

Dalam video itu yang bertajuk: “Paul Gosar tidak bekerja untuk anda”, adik beradiknya diperkenalkan hanya dengan nama pertama dan pekerjaan mereka, ketika bergilir-gilir mengeluarkan kenyataan menentangnya.

Dalam video kedua bertajuk “Keluarga pertahankan maruahnya”, adik-beradik itu bercakap tentang personaliti Paul.

Ahli kongres itu menyelar video berkenaan menerusi Twitter dengan membandingkan adik beradiknya dengan penyokong Soviet, Joseph Stalin. – AFP, 23 September, 201.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen