Robot peninjau Jepun mula misi di asteroid Ryugu


Dua robot peninjau Jepun yang dilancarkan dari satelit Hayabusya untuk menjalankan misi di asteroid Ryugu. – Gambar AFP, 22 September, 2018.

DUA buah robot peninjau milik Jepun selamat mendarat di sebuah asteroid dan memulakan misi tinjauan bagi mengkaji asal usul sistem solar, kata agensi negara itu pada Sabtu.

Misi tersebut merupakan yang pertama di dunia melibatkan tinjauan robot di permukaan asteroid, kata Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Robot itu melaksanakan misi tersebut di asteroid Ryugu sehari selepas dihantar satelit Hayabusa2.

“Setiap robot peninjau itu beroperasi dnegan baik dan telah memulakan misi,” kata JAXA menerusi satu kenyataan.

Pada 2015, agensi tersebut gagal melancarkan misi yang sama untuk mendarat di sebuah asteroid.

Dengan kelebihan graviti rendah di asteroid itu, robot berkenaan akan bergerak di atas permukaan dengan teknik lompatan dan mampu berada di udara selama 15 minit bagi memantau bentuk fizikal asteroid itu. – AFP, 22 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen