Militan Daesh mengaku dalang serangan di Iran


Tentera dan orang awam berlindung ekoran serangan pengganas pada majlis perarakan tentera di Ahvaz, barat daya Iran. – Gambar AFP, 22 September, 2018.

MILITAN Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan berdarah pada satu majlis perarakan tentera di barat daya Iran hari ini yang mengorbankan 24 nyawa.

Agensi propaganda kumpulan itu, Amaq berkata anggota militan Daesh menyerang tentera Iran yang berarak di bandar Ahvaz.

Dalam serangan tersebut, empat penyerang melepaskan tembakan rambang ke arah tentera yang sedang berarak dan penonton yang hadir menyaksikan perarakan itu.

Antara mangsa yang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita manakala 54 mangsa turut cedera.

Kesemua empat penyerang itu berjaya ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota keselamatan Iran.

Sebelum ini, Iran menuduh sekutu Amerika Syarikat (AS), dipercayai Arab Saudi sebagai dalang serangan tersebut. – AFP, 22 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen