Pilihan raya Maldives tidak akan bebas dan adil, kata pemerhati asing 


Presiden Maldives Abdulla Yameen dikatakan menggunakan undang-undang yang kejam terhadap pesaingnya bagi memastikan keputusan pilihan raya berpihak kepadanya.– Gambar EPA, 22 September, 2018

PILIHAN raya presiden Maldives yang berlangsung pada Ahad tidak akan menjadi pilihan raya bebas dan adil kerana Presiden Abdulla Yameen menggunakan undang-undang zalim untuk menjatuhkan pesaingnya, kata kumpulan pemerhati asing menjelang pilihan raya itu. 

Pemantau pilihan raya Asia Anfrel berkata, persekitaran politik di negara yang menjadi syurga pelancong itu kuat menyokong Yameen dan mereka tidak menjangkakan pilihan raya yang adil.

“Anfrel mengecam perkembangan terbaru ini..yang menjadikan pilihan raya presiden pada 23 September ini tidak boleh disifatkan sebagai pilihan raya yang bebas dan adil,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Ia dikatakan diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Maldives dan diberi akreditasi untuk memantau pemilihan, namun kakitangannya dinafikan visa untuk memasuki negara itu. 

Sejumlah wartawan antarabangsa turut dinafikan kebenaran untuk membuat liputan pilihan raya berkenaan. 

“Nampaknya pihak berkuasa Maldives memberikan visa hanya kepada pemerhari yang baik dengan mereka, menggunakan nama Anfrel dan pemohon lain sebagai usaha untuk mendapatan legitimasi antarabangsa,” kata organisasi itu. – AFP, 22 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen