RIBUT melanda berdekatan ibu negara Kanada, Ottawa pada Jumaat hingga menyebabkan berpuluh rumah dan kenderaan rosak serta 130,000 penduduk bergelap, lapor media tempatan.
Menurut laporan ahli meteorologi, ribut membawa angin sekuat 120 batu sejam (190 km sejam).
Rakaman video di media sosial menunjukkan bumbung rumah penduduk berterbangan dibawa angin ribut.
Pegawai kecemasan Ottawa berkata kira-kira 30 orang cedera dan lima daripadanya mengalami kecederaan serius.
Perdana Menteri Justin Trudeau menggesa penduduk supaya memeriksa jiran yang mungkin memerlukan bantuan.
“Kami sedang memantau keadaan ini dan memikirkan semua yang terjejas,” kata beliau di Twitter.
Satu amaran cuaca dikeluarkan pada petang Jumaat lalu di bahagian selatan Ontario dan Quebec. – AFP, 22 September, 2018.
Komen