Walaupun gereja diselubung skandal seks, Pope tetap lawat mangsa perang Baltik


Pope Francis menghadapi cabaran besar selepas pihak gereja diserang dengan pelbagai dakwaan salah laku seks oleh ahli-ahli gereja terhadap kanak-kanak sejak beberapa dekad lalu. – Gambar fail The Malaysia Insight,22 September, 2018.

POPE Francis hari ini memulakan lawatan ke gereja Katolik Lithuania di wilayah Baltik, beliau dijadualkan memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa pendudukan Nazi dan Soviet ketika pihak gereja berdepan skandal besar pencabulan seks di seluruh dunia.

Lawatan empat hari ke bahagian timur laut Kesatuan Eropah dan Persekutuan NATO bakal menjadikan beliau lebih dekat dengan Rusia di mana ramai diplomat Vatican cuba menyusun lawatan gereja sejak beberapa tahun ini.

Beliau juga akan melawat gereja Protestan Latvia pada hari Isnin ini dan kawasan Estonia hari berikutnya yang bakal meraikan 100 tahun kemerdekaan tahun ini.

Namun Perayaan itu dibayangi dakwaan pencabulan seks di kalangan paderi di seluruh dunia.

Skandal gereja di Australia, Eropah dan Amerika menyaksikan dakwaan cabul dan cubaan menutup kes-kes serangan seksual oleh para paderi dan ahli-ahli gereja yang disifatkan ketua biskop itu sebagai kejadian “9/11 di gereja Kristian”

Pope Francis menggesa mesyuarat di kalangan ketua-ketua gereja katolik di Vatican pada Februari akan dating bagi membincangkan isu-isu berkaitan “penjagaan kanak-kanak”

Bagaimanapun, beliau masih berdiam diri mengenai dakwaan beliau tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan kes cabul itu ketika dilaporkan kepada beliau.

Penyanyi terkenal Bono mengatakan Pope Francis sangat terkesan dengan skandal seks yang menyelubungi gereja pada waktu ini.– Gambar EPA, 22 September, 2018.

Ketua kugiran U2 Bono berkata beliau dapat melihat keperitan pada wajah Francis ketika bertanya kepada ketua Vatican itu “nampaknya ramai orang menganggap pencabul lebih dilindungi daripada mangsa.”

Pihak berkuasa gereja Jerman dijangka akan menyiarkan kajian terperinci mengenai pencabulan seks di kalangan kanak-kanak yang dilakukan para paderi apabila Francis menyelesaikan lawatan itu pada Selasa depan.

Menurut kajian, 1,670 paderi di Jerman mengaku melakukan serangan seksual terhadap lebih 3,677 kanak-kanak antara 1946 sehingga 2014.– AFP, 22 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen