Agensi bantuan antarabangsa tidak mampu tangani krisis kebuluran yang dihadapi penduduk Yaman.
3.5 juta rakyat Negara itu akan menambah 8 juta penduduk yang sedia berdepan masalah kebuluran, tegas ketua bantuan PBB semalam.
Kejatuhan yang meruncing terhadap matawang Yaman menyaksikan harga petrol naik mendadak di samping pertembungan yang meletus sekali lagi menjadi semakin buruk disifatkan sebagai krisis kemanusian paling buruk di dunia menurut PBB.
“Kami kalah berdepan krisis kebuluran di sini,” kata Mark Lowcock, pegawai Setiausaha Agung bagi bantuan kemanusiaan kepada Majlis Keselamatan PBB.
“Kami menyaksikan sendiri keadaan kebuluran yang buruk termasuk beberapa kes penduduk memakan daun kerana tidak mempunyai sumber makanan untuk hidup,” kata beliau.
Majlis Keselematan PBB mengadakan siding mesyuarat ketika Britain meminta isu krisis meruncin di Yaman itu dibincang di peringkat antarabangsa.
Yaman sebelum ini menyertai pakatan yang diketuai Saudi dalam memerangi pemberontak yang mempunyai hubungan dengan Iran yang kini menguasai daerah Sanaa.
Lowcock berkata situasi di daerah itu semakin buruk “beberapa minggu sebelum ini yang sangat membimbangkan” dan ia disifatkan “akan berada dalam situasi kemuncak yang akan menyaksikan kemusnahan nyawa mustahil dapat dicegah lagi.”
Amaran itu hadir sebelum persidangan pemimpin dunia minggu hadapan di PBB bagi perbahasan tahunan isu-isu global yang akan memasukkan isu Yaman sebagai agendanya.
Pertembungan antara kerajaan dan pemberontak sebelum ini telah berhenti, bagaimanapun kerajaan yang didukung Saudi melancarkan beberapa siri serangan ke atas pemberontak awal minggu ini menyasarkan Hodeida, sebuah Bandar pelabuhan Laut Merah yang merupakan tempat masuk bantuan kemanusiaan dari luar.
Pertembungan merebut Hodeida yang dikawal puak Houthi bermula pada tahun 2014 sebelum ini dihentikan selama 11 minggu ketika PBB bertungkus lumus membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan damai di Geneva.
Namun, perbincangan meja rundingan itu dibatalkan bulan ini selepas pemberontak Yaman enggan hadir dalam rundingan tersebut. – AFP, 22 September, 2018.
Komen