Presiden Tanzania arah pengurusan feri terbalik ditangkap


Feri MV Nyerere mungkin membawa 200 penumpang - dua kali ganda kapasitinya - apabila terbalik dekat dermaga di Pulau Ukara pada Khamis, menurut laporan media negara itu. – Gambar EPA, 22 September, 2018.

PRESIDEN Tanzania, John Magufuli pada Jumat mengarahkan penangkapan pihak pengurusan sebuah feri terbalik di Tasik Victoria yang meragut nyawa 131 orang, manakala pasukan penyelamat terus ditekan supaya meneruskan pencarian kerana bimbang lebih ramai yang lemas.

Feri MV Nyerere mungkin membawa 200 penumpang - dua kali ganda kapasitinya - apabila terbalik dekat dermaga di Pulau Ukara pada Khamis, menurut laporan media negara itu.

Saksi-saksi yang dihubungi AFP juga berkata feri tersebut tenggelam apabila penumpang bergegas ke satu bahagian feri ketika mahu turun.

Ketika berucap di siaran televisyen awam TBC 1, Magufuli berkata feri itu amat jelas membawa lebih penumpang sehingga meragut nyawa ramai kanak-kanak, ibum pelajar dan warga tua.

“Saya telah mengarahkan supaya menangkap semua dalam pengurusan feri. Tangkapan sudahpun bermula,” katanya.

Presiden itu juga mengisytiharkan Tanzania berkabung selama empat hari dan mengumumkan semua perbelanjaan untuk menguruskan majlis pengebumian akan ditanggung kerajaan. – AFP, 22 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen