FACEBOOK pada Jumaat berkata akan melancarkan khidmat mencari pasangan di Colombia.
Gergasi media sosial itu berkata negara Amerika Latin itu dipilih sebagai ujian memandangkan rakyat Colombia gemar menggunakan rangkaian mendia sosial dan laman web untuk mencari pasangan.
Ciri baharu itu dilancarkan pada minggu ini, membolehkan pengguna mencipta satu profil “dating” berasingan tanpa dilihat oleh rakan-rakan mereka. Pasangan yang berpotensi dicadangkan berdasarkan keutamaan dan minat yang sama.
Perkhidmatan ini diprogramkan supaya tidak menghubungkan pengguna dengan ahli keluarga atau rakan dan mereka boleh menyekat sesiapa sahaja yang diingini.
Ia juga akan menyediakan servis perbualan atau “chat” dan akan menyekat penghantaran foto, video atau pautan dari orang yang tidak dikenali.
Di Colombia, 21 juta orang akan mendaftar masuk ke akaun Facebook setiap hari.
Ketua Faecbook, Mark Zuckerberg pada Mei mengumumkan rancangan ciri terbaru itu sambil berjanji akan memastikan rangkaian sosial itu mendapat perlindungan selepas skandal Cambridge Analytica. – AFP, 22 September, 2018.
Komen