MENTERI luar dari seluruh dunia memulakan mesyuarat yang pertama seumpamanya di Montreal pada Jumaat, apabila ia dihadiri oleh lebih separuh daripada diplomat wanita terkemuka.
“Wanita adalah kunci kepada penyelesaian cabaran politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi masyarakat,” kata diplomat terkemuka Kanada, Chrystia Freeland pada pembukaan sidang kemuncak selama dua hari itu.
Pertemuan akan menumpukan empat topik: wanita dalam politik dan kedudukan kepimpinan; pengukukhan demokrasi, menggalakkan keamanan dan keselamatan serta menghapuskan keganasan berasaskan jantina.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Freeland bersama perwakilan hal ehwal luar negara Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini. Pada sesi pembukaan, mereka berharap sidang tersebut menjadi tanda permulaan tradisi kerjasama antara menteri-menteri wanita.
Selain Freeland dan Mongherini, sidang itu juga dihadiri oleh menteri wanita dari 18 negara lain: Andorra, Bulgaria, Costa Rica, Croatia, Republik Dominica, Ghana, Guatemala, Honduras, Indonesia, Kenya, Namibia, Norway, Panama, Afrika Selatan, Rwanda, Saint Lucia dan Sweden. – AFP, 22 September, 2018.
Komen