KEMENTERIAN Luar Maldives pada Jumaat mengumumkan bahawa sejumlah 38 pemerhati antarabangsa akan hadir ke negara pulau itu untuk memantau pilihan raya presidennya yang berlangsung pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut kenyataan kementerian itu, 38 delegasi tersebut mewakili 11 pertubuhan antarabangsa termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka, Filipina, Romania, Thailand, Malaysia, Hungary serta Pertubuhan Kerjasama Islam, Kumpulan Parlimen Semua Parti Britain, Perikatan Konservatif dan Reformis Eropah serta Rangkaian Asia bagi Pilihan Raya Bebas (Anfrel).
Kementerian itu juga menyebut wakil dari 14 organisasi media akan turut memantau perjalanan pilihan raya tersebut. – Bernama, 21 September, 2018.
Komen