Google didakwa bincang manipulasi carian lawan larangan perjalanan Trump


Pekerja Google didakwa memulakan perbincangan dalam email itu dua hari selepas Trump menandatangani versi pertama larangan perjalanan menyasarkan warga tujuh negara Islam, lapor WSJ. – Gambar EPA, 21 September, 2018.

PEKERJA Google membincangkan cara untuk menentang larangan perjalanan dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2017 dengan mengubah suai fungsi carian bagi membantu orang menyumbang kepada kumpulan advokasi imigresen dan menghubungi wakil rakyat, lapor akhbar Wall Street Journal pada Jumaat.

Mereka memulakan perbincangan dalam email itu dua hari selepas Trump menandatangani versi pertama larangan perjalanan menyasarkan warga tujuh negara Islam, lapor akhbar itu.

Pekerja berbincang untuk mengubahsuai fungsi carian dan berusaha menghasilkan keputusan bias algoritma terhadap “islamofobik” daripada term acarian “Islam”, “Muslim”, “Iran”, dan lain-lain.

Mereka juga bertindak ke atas term acarian “Mexico”, “Hispanik”, “Latino” dan lain-lain.

Email daripada seorang pekerja Bahagian Pemasaran Produk Carian merujuk kepada perbincangan dalaman Google untuk bereaksi kepada larangan tersebut.

Tindakan kontroversi Trump dicabar di mahkamah dan berdepan beberapa halangan sebelum diterima Mahkamah Agung AS.

Laporan akhbar itu pastinya menimbulkan kemarahan Trump yang menuduh Google menyekat pandangan konservatif dalam carian enjinnya.

Google memberitahu akhbar berkenaan walaupun perbincangan itu pernah berlaku ia tidak pernah dilaksanakan.

Google antara 100 syarikat teknologi yang memfailkan keterangan kepada mahkamah pada Februari 2017 mencabar larangan perjalanan kerana mendakwa kesan buruk larangan kepada “perniagaan, inovasi dan pertumbuhan” AS. – AFP, 21 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen