MOSCOW hari ini mengatakan AS “bermain dengan api” apabila mengenakan tindakan sekatan bersifat anti-Rusia yang turut menyasarkan China kerana ia bakal mengancam kestabilan global,
“Mereka harus ingat ada konsep kestabilan global yang mereka tidak pertimbangkan seterusnya menegangkan lagi hubungan Rusia dan AS,” kata Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov dalam satu kenyataan.
“Main dengan api adalah satu tindakan bodoh, ia boleh mendatangkan bahaya,” tambahnya.
“Kami harap pihak Washington yang menyekat mesin sekurang-kurangnya secara cuba memahami sejarah kami dan berhenti membuat perkara begini berulang kali.”
Semalam, AS melebarkan sekatan-sekatan perang terhadap Rusia ke China dengan mengumumkan tindakan hukuman terhadap organisasi ketenteraan China kerana membeli pesawat tempur dan peluru berpandu dari Rusia.
Jabatan Negeri AS turut mengumumkan 33 orang perisik dan beberapa orang yang mempunyai hubungan ketenteraan dengan Rusia diletakkan dalam senarai sekatan.
Ia termasuk firma-firma pertahanan, pegawai-pegawai agensi perisikan ketenteraan GRU dan orang yang terlibat dengan Agensi Kajian Internet yang berpengkalan di Saint Petersburg sebelum ini berada dalam senarai sekatan AS dan 28 orang daripada mereka telah didakwa oleh Robert Mueller yang bertanggungjawab menyiasat hubungan Rusia dalam proses pemilihan Presiden AS.
Ryabkov menegaskan tidak ada apa sekatan yang dapat memaksa Rusia untuk menukar haluan negaranya setakat ini.
“Senarai hitam Amerika itu semakin bertambah dan berulang-ulang. Ia sebenarnya satu jenaka walaupun begitu,” katanya.
Ryabkov menambah tindakan anti-Rusia ini sudah diulang 60 kali setakat ini sejak tahun 2011. – AFP, 21 September, 2018.
Komen