Wanita maut akibat gelombang haba di Alps


Bekalan air terpaksa dihantar kepada petani untuk ternakan berikutan gelombang haba yang melanda kawasan Alps Itali. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2017.

SEORANG wanita maut apabila kereta yang dinaikinya ditimpa runtuhan lumpur dan air selepas gelombang haba melanda kawasan pergunungan Alp di Itali menyebabkan ais dan salji cair, kata polis pada Sabtu.

Kejadian berlaku berhampiran pusat peranginan ski di Cortina d’Ampezzo di kawasan Dolomites timur laut negara itu.

Kereta wanita malang itu ditemui di dasar sungai diliputi pelbagai sampah sarap, namun pasukan penyelamat gagal mengeluarkan wanita terbabit.

Tragedi itu merupakan yang kedua selepas dua pesara masing-masing berusia 79 dan 82 tahun terperangkap dala kebakaran hutan di tengah Abruzzo dekat Matera.

Kebakaran tercetus di negara itu berikutan gelombang haba yang mencecah 40 darjah celsius pada waktu kemuncak melanda negara itu sejak minggu lalu.

Kelembapan dalam udara dan faktor lain menjadikan suhu semakin panas sehingga suhu di Campania, rantau di sekitar Naples, dianggarkan pada 55 darjah celsius (131 Farenheit) pada hari Jumaat.

Pihak hospital juga melaporkan terdapat peningkatan kemasukan pesakit antara 15-20% malah pengeluar makanan turut diramalkan akan menanggung kerugian berikutan penurunan hasil pertanian. – AFP, 5 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen