Presiden Vietnam meninggal dunia


Presiden Vietnam Tran Dai Quang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat di sebuah hospital di Hanoi selepas sekian lama menderita sakit. – Gambar EPA, 21 September, 2018.

PRESIDEN Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia pagi Jumaat di sebuah hospital di Hanoi, menurut agensi berita Xinhua.

Menurut agensi berita Vietnam, Quang, 61, meninggal dunia selepas sekian lama menderita sakit.

Dilahirkan pada 12 Oktober 1956 di wilayah Ninh Binh, utara Vietnam. Beliau mempunyai kelulusan ijazah kedoktoran undang-undang dan ijazah sarjana dalam bahasa Cina selain dianugerahkan gelaran profesor pada 2009.

Pada April 2016, beliau dipilih sebagai presiden oleh Perhimpunan Kebangsaan Vietnam yang merupakan badan perundangan tertinggi negara. – Bernama, 21 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen