SALAH satu daripada loceng terbesar di dunia seberat 55 tan, dipamerkan di bandar Krakow, Poland pada Khamis sebelum ia dipasang pada satu lokasi di Brazil.
Loceng Vox Patris, berukuran setinggi empat meter (13 kaki) dan berdiameter 4.5 meter, akan dietakkan di Basilica of the Eternal Father di bandar Trindade
tengah Brazil, kata pemiliknya Piotr Olszewski.
Diperbuat daripada campuran tembaga dan timah, ia akan diaktifkan menggunakan empat buah enjin dan akan dipasang pada menara setinggi 100 meter, tambahnya.
“Persediaan dan ujian dijalankan hampir sempat tahun,” kata Olszewski kepada pemberita. – AFP, 21 September, 2018
Komen