PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron tidak perlu berceramah kepada negara lain berhubung isu migran memandangkan Perancis memiliki rekod pernah menolak kehadiran golongan itu di sempadan Perancis-Itali, kata Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini pada Khamis.
“Macron menyatakan kami sebuah kerajaan yang membuatkan orang ramai termuntah, kami rasis dan egois namun beliau, dan saya tidak pasti sama ada beliau betul atau salah, menolak kehadiran kira-kira 50,000 orang di sempadan Perancis-Itali sejak Januari tahun lepas, termasuk wanita dan kanak-kanak,” lapor agensi berita Itali ANSA memetik kenyataan Salvini kepada stesen penyiar BFM-TV.
Salvini, yang juga timbalan perdana menteri merangkap pemimpin parti Luga anti-migran, berkata: “Semua orang harus menjaga tepi kain masing-masing tanpa memberi ceramah kepada orang lain.” – Bernama, 20 September, 2018.
Isu migran, menteri Itali selar presiden Perancis
Komen