Menteri luar India, Pakistan bermesyuarat di New York


Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menulis surat kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi mempelawa rundingan antara dua negara bermusuh itu. – Gambar EPA, 20 September, 2018.

MENTERI luar dua negara berbalah India dan Pakistan akan mengadakan mesyuarat ketika turut sama menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, kata pegawai kerajaan di New Delhi hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menulis surat kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi mempelawa rundingan antara dua negara bermusuh itu.

Rundingan peringkat tertinggi antara India dan Pakistan amat jarang berlaku. Media India menyifatkan mesyuarat itu sebagai yang pertama dalam tempoh tiga tahun.

India sudah sekian lama menuduh Pakistan membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak di Kashmir, wilayah Himalaya yang terbahagi antara dua negara, tetapi kedua-duanya menuntut kawasan itu.

India juga menyalahkan Pakistan kerana membiayai serangan militan di Mumbai pada 2008. – AFP, 20 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen