Lembu diisytiharkan ‘ibu negara’ di Uttarakhand


Uttarakhand di utara India, meluluskan satu resolusi secara sebulat suara untuk mengisytiharkan lembu sebagai ibu negara. – Gambar EPA, 20 September, 2018.

DEWAN Perhimpunan Negeri Uttarakhand, yang terletak di utara India, meluluskan satu resolusi secara sebulat suara untuk mengisytiharkan lembu sebagai “Rashtra Mata” (ibu negara), kata pegawai pada Khamis.

Resolusi itu diluluskan pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

“Ia dikemukakan oleh Menteri Perusahaan Ternakan Rekha Arya, dan diluluskan secara sebulat suara selepas mendapat sokongan pihak pembangkang dan perbendaharaan,” kata pegawai kerajaan tempatan.

“Resolusi itu akan dihantar kepada kerajaan persekutuan untuk kelulusan.”

Dengan ini, Uttarakhand menjadi negeri India yang pertama meluluskan resolusi untuk mengisytiharkan lembu sebagai ibu negara.

Arya berkata jika lembu telah diberikan status ibu negara, langkah akan diambil untuk melindungi haiwan itu daripada disembelih. – Bernama, 20 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen