SEORANG remaja lelaki di selatan New Delhi yang terpisah dengan keluarganya secara tidak sengaja lebih sembilan tahun lalu, bersatu semula dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.
Agensi berita Xinhua melaporkan, memetik akhbar berbahasa Inggeris “Hindustan Times”, selama lebih sembilan tahun, Hassan Ali, 16, tinggal di sebuah institut penjagaan kanak-kanak di Gurugram, sebuah bandar dekat dengan negeri jiran Haryana.
Ibu bapanya bekerja di tapak binaan dan tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah swasta sebaliknya Ali dihantar belajar di madarasah. Ia membuatkan Ali meninggalkan rumah dan hilang tanpa dikesan sejak Mac 2009. Ketika itu dia hanya berumur enam tahun.
Ali mula mengingati kawasan di mana pernah tinggal bersama dengan ibu bapanya semasa melalui kawasan itu beberapa bulan lalu.Beliau kemudian memaklumkan kepada pihak pusat jagaannya.
Ayahnya, Salim Mohammad berkata: “Sukar untuk percaya anak saya kini berada di hadapan mata saya.” – Bernama, 20 September, 2018.
Komen