RANG Undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan ditangguhkan agar kerajaan untuk melibatkannya dengan pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani dalam satu laporan.
Johari memberitahu MalaysiaKini yang Kabinet menunda bacaan kedua RUU itu pada sesi Parlimen akan datang pada Oktober, susulan kritikan yang sistem dicadangkan itu akan akan mengumpul wang yang banyak tetapi tidak hanya sedikit pihak menikmati faedah daripadnya.
“Kerajaan masih mahu melaksanakannya, tetapi kami mahu memastikan semua pihak berkepentingan memahami skim ini,” katanya dalam laporan itu.
Rang undang-undang berkenaan dibentangkan bagi bacaan pertama pada 1 Ogos oleh Menteri Sumber Manusia Richard Riot dan dijadualkan mulai berkuatkuasa pada 1 Januari. Pembayaran akan bermula pada 2019.
Empat menteri – Johari, Riot, Wee Ka Siong dan Paul Low – kini ditugaskan menyelaraskan perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO dan majikan serta wakil kumpulan pekerja.
Putrajaya berharap dapat bertemu beberapa pihak seperti Persekutuan Majikan Malaysia, Persekutuan Pengilang Malaysia, SME Corp Malaysia, dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.
RUU ini mencadangkan pampasan tambahan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan sehingga maksimum enam bulan dan memerlukan majikan serta pekerja membuat sumbangan bulanan wajib pada skala yang ditetapkan. Sistem ini akan diuruskan Pertubuhan Keselamatan Sosial.
RUU itu juga melindungi pekerja yang dibebankan syarikat mereka, membenarkan mereka mengemukakan permohonan untuk menuntut faedah dalam tempoh 60 hari dari tarikh mereka kehilangan pekerjaan.
Johari berkata beberapa pihak berkepentingan melahirkan kebimbangan mengenai potensi dana mengutip RM1.4 bilion setahun daripada 6.5 juta pekerja, apabila hanya sebilangan kecil orang yang akan menikmati manfaatnya.
Umumnya, ramai bersetuju dengan skim ini untuk membantu pekerja yang diberhentikan tetapi memerlukan lebih banyak penjelasan, katanya. – 5 Ogos, 2017.
Komen