Keputusan hukuman Michael Flynn pada 18 Disember


Bekas penasihat keselamatan AS Michael Flynn mengaku bersalah pada 1 Disember 2017 atas dua tuduhan membuat kenyataan palsu kepada FBI . – Gambar EPA, 20 September, 2018

KEPUTUSAN hukuman ke atas bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Michael Flynn akan diketahui pada 18 Disember, setahun selepas mengaku bersalah berbohong kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), demikian menurut kenyataan mahkamah pada Rabu.

Menurut agensi berita Xinhua, Flynn mengaku bersalah pada 1 Disember 2017 atas dua tuduhan membuat kenyataan palsu kepada FBI mengenai perbincangannya Duta Rusia ketika itu, Sergey Kislyak.

Perbincangan secara rahsia itu dikatakan berlaku selepas pilihan raya AS 2016 dan sebelum Presiden Donald Trump menerajui pentadbiran pada Januari 2017.

Flynn adalah pegawai kanan Rumah Putih pertama dijatuhi hukuman, berhubung kes yang disiasat pendakwa raya khas Robert Mueller. – Bernama, 20 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen