AS$60 juta mata wang digital di Jepun dirompak


Tech Bureau di Osaka yang mengendalikan pertukara mata wang digital Zaif berkata syarikat itu digodam dan wang dipindahkan. – Gambar EPA, 20 September, 2018.

MATA wang digital bernilai sekitar 6.7 bilion yen (AS$60 juta) dirompak di Jepun susulan serangan godaman, kata sebuah pengendali pertukaran virtual pada Khamis.

Tech Bureau di Osaka yang mengendalikan pertukara mata wang digital Zaif berkata syarikat itu digodam dan wang dipindahkan.

“Kami enggan mengulas lanjut bagaimana akses haram ini berlaku, kerana ia satu jenayah dan kami sudah meminta pihak berkuasa menyiasat,” kata Tech Bureau dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mata wang virtual yang dirompak adalah bitcoin, monacoin dan bitcoin tunai.

“Kita akan menyediakan langkah supaya aset pelanggan tidak terjejas dengan godaman ini,” katanya menambah ia akan menerima bantuan kewangan daripada pemegang saham terbesar, Kumpulan Fisco.

Japan adalah negara utama mata wang virtual dan sehingga 50,000 kedai di negara itu menerima bitcoin.

Awal tahun ini, pasaran saham Coincheck menggantung deposit dan pengeluaran mata wang virtual selepas digodam menyebabkan kehilangan setengah bilion dolar AS NEM, pemodalan pasaran mata wang kripto ke-10 terbesar dunia.

Pihak berkuasa Jepun kemudiannya mengarahkan dua pasaran mata wang kripto menggantung operasi sehingga siasatan penuh dilengkapkan. – AFP, 20 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen