TENTERA Israel menahan seorang ahli Parlimen Palestin yang juga anggota Hamas di rumahnya di Tebing Barat semalam, Kelab Banduan Palestin berkata pada hari ini.
Muhammed Abu Tir, 65 ditahan dalam serbuan di rumahnya berhampiran Ramallah, dua bulan selepas dia dibebaskan dari tahanan selama 17 bulan.
Pihak berkuasa Israel yang enggan memberikan respon segera berkaitan penahanan itu, melabel gerakan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza semenjak 2007 itu sebagai kumpulan pengganas, seperti yang dibuat Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Abu Tir berasal dari timur Jerusalem, yang diwakilinya dalam Majlis Perundangan Palestin.
Penahanannya membawa kepada seramai 13 orang daripada 132 ahli Majlis Perundangan Palestin yang kini dipenjarakan Israel, menurut kumpulan hak asasi Palestin, Addameer.
Parlimen yang didominasi Hamas belum mengadakan pertemuan semenjak gerakan Islam itu mengambil alih kawasan pantai Gaza pada Jun 2007. – AFP, 4 Ogos, 2017.
Komen