Sabotaj strawberi sama dengan tindakan pengganas, kata PM Australia


Tindakan mencemar buah strawberi dengan jarum menyebabkan jualannya disekat sementara waktu di Australia. – Gambar EPA, 19 September, 2018

PERBUATAN mencucuk jarum pada strawberi di pasar raya sama dengan perbuatan pengganas, kata perdana menteri Australia pada Rabu, yang turut menggesa pesalah dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun berikutan tindakan yang menimbulkan kebimbangan di seluruh negara itu.

Turut menggesa rakyat Australia menghasilkan pavlova strawberi hujung minggu ini bagi membantu petani yang terjejas, Scott Morrison mahu hukuman berat dikenakan terhadap pelaku.

“Kita tidak main-main,” kata Morrison, selepas buah berkenaan ditemui tercemar dengan jarum atau pin.

Menyifatkan pelaku perbuatan itu sebagai “pengecut”, Morrison menggesa parlimen untuk menaikkan hukuman berat terhadap pencemaran makanan itu daripada penajra 10 tahun kepada 15 tahun.

Itu katanya, meletakkan jenayah itu sama dengan memiliki bahan lucah kanak-kanak dan pembiayaan keganasan.

“Itu bagaimana seriusnya saya melihat perkara ini,” katanya.

Perbuatan itu menyebabkan stok buah berkenaan ditarik balik dari pasaran, dan beberapa pasar raya di New Zealand menyekat sementara jualan strawberi dari Australia.

Petani juga terpaksa memberhentikan pekerja mereka kerana hasil jualan yang merosot teruk.

“Teruskan memberli strawberi seperti biasa dan ambil langkah berjaga-jaga yang perlu,” kata Morrison menerusi siaran tv yang disiarkan secara langsung di negara itu.

Pihak berkuasa turut menasihatkan pengguna agar memotong dahulu buah bekenaan sebelum dimakan.

Sementara itu, polis pada Selasa berkata, mereka masih tidak tahu motif serangan itu dan masih memburu suspek. – AFP, 19 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen