Pemilik kereta Honda diberi tempoh 3 bulan untuk ganti beg udara


Desmond Davidson

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiada alasan untuk pemilik kenderaan gagal menukar beg udara terjejas kerana pengilang mengakui stok mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2018.

KERETA Honda dilengkapi beg udara Tanaka yang rosak diberi tempoh tiga bulan untuk menggantikannya atau menghadapi kereta disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, kata Anthony Loke.

Menteri pengangkutan itu berkata tiada sebab pemilik kereta Honda untuk tidak menggantikan beg udara yang rosak kerana pengilang kereta mengatakan terdapat stok mencukupi untuk pemilik kenderaan membuat penukaran.

Anthony, dalam sidang media hari ini berkata kereta jenama Jepun lain yang juga dilengkapi beg udara Tanaka seperti Mazda dan Subaru, diberikan pengecualian sementara menjelang tarikh akhir kerana peniaga kereta di sini tidak mempunyai stok mencukupi untuk membuat penggantian.

Empat kemalangan maut berpunca daripada “bahagian inflator yang pecah” daripada beg udara Takata di negara ini menyebabkan ribuan kereta buatan Jepun dipanggil balik dan pemilik kereta diminta menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki.

Namun Anthony berkata, walaupun penggantian itu dibuat secara percuma dan hanya mengambil masa beberapa minit, kebanyakan pemilik masih mengabaikannya. 

Katanya, dalam tempoh dua minggu lagi, JPJ akan menghantar “Notis 114” kepada pemilik kereta terlibat yang akan mengarahkan mereka hadir ke pejabat JPJ terdekat dan melaporkan status kenderaan mereka.

Anthony berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kenderaan mereka disenaraihitamkan secara automatik. 

“Mereka tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan sekiranya disenarai hitam,” katanya. 

“Tiada sebab utuk pemilik kereta Honda tidak menggantikannya. Stok yang ada mencukupi,”

Menurut Carlist, model Honda yang terlibat adalah Accord yang dikilangkan antara 2003-2011, City (2003-2013), Civic (2001-2011), Civic Hybrid (2003, 2007-2012), CR-V (2002-2011, 2013), Jazz (2003-2007, 2009-2013), Jazz Hybrid (2012-2013), Insight (2011-2013), Stream (2003-2005, 2007-2013), Freed (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

Beberapa model dari Toyota, Mazda, Mitsibishi, Nissan dan Subaru turut terlibat. – 19 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen