Kadar pengangguran di Kanada jatuh 6.3%


Kadar pengangguran di Kanada jatuh 0.2% pada Julai kepada 6.3%, paras terendah dalam tempoh sembilan tahun. – Gambar AFP, 4 Ogos, 2017.

KADAR pengangguran di Kanada jatuh 0.2% pada Julai kepada 6.3%, paras terendah dalam tempoh sembilan tahun, kata kerajaannya hari ini.

Menurut agensi Statistics Canada, sepanjang 12 bulan sehingga Julai, pengambilan kerja meningkat sebanyak 388,000, naik sebanyak 2.1%, agensi Statistics Canada memberitahu.

Pada Julai, ekonomi negara itu mencipta 11,000 peluang pekerjaan. Pengambilan kerja meningkat dalam perniagaan borong dan runcit, maklumat, dan sektor rekreasi, juga di kalangan wanita berumur 55 tahun dan lebih.

Peratusan pengangguran sebanyak 6.3% juga yang paling rendah sejak Oktober 2008, kata agensi kerajaan itu.

Agensi statistik kerajaan itu berkata, kadar pengangguran jatuh 0.7% kepada 5.3% bagi lelaki berumur 55 tahun dan lebih, berikutan segelintir yang mencari pekerjaan.

Sebaliknya, kadar pengangguran meningkat dalam khidmat pendidikan, pentadbiran awam dan pertanian.

Kadar pengangguran bagi mereka yang berumur 24 hingga 54 tahun pula meningkat 0.2% mata kepada 5.6%.

Golongan pekerja paling muda Kanada, iaitu belia berumur 15 hingga 24 tahun, menyaksikan kadar pengangguran jatuh 0.9% mata kepada 11.1%, paling rendah sejak Ogos 2008. – AFP, 4 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen