Penjaga Zoo maut diserang beruang


Anggota pasukan kecemasan berada di luar kawan taman Orsa di mana seorang penjaga zoo maut diserang beruang. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2017.

PENJAGA zoo maut diserang beruang pada Jumaat di taman pemangsa terbesar di Eropah, kata polis Sweden.

Lelaki malang berusia 19 tahun itu sedang membersihkan kawasan tertutup di Taman Pemangsa Orsa di tengah negeri Dalama apabila seekor beruang memecahkan pagar dan menyerangnya,” kata polis dalam satu kenyataan.

Mangsa bagaimanapun mati kerana mengalami kecederaan parah, katanya.

Stesen penyiar awam SVT berkata, haiwan itu yang merupakan seekor beruang coklat muda, dibunuh selepas serangan itu.

Orsa Park merupakan sebuah taman haiwan yang menempatkan pemangsa terbesar di hemisfera utara, termasuk beruang polar. Kebanyakannya adalah spesis terancam.

Pada 2012, seorang penjaga zoo maut selepas diserang serigala di Zoo Kolmarden, tengah Sweden, salah satu yang terbesar di Eropah. – AFP, 4 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen