PEKERJA McDonald’s di 10 bandar di Amerika Syarikat (AS) mengadakan bantahan semalam, ilham daripada gerakan #MeToo, dan mendaka rangkaian syarikat makanan gergasi itu gagal menangani insiden gangguan seksual di restoran berkenaan.
Penganjur berkata protes itu pertama seumpamanya mendesak syarikat mengambil tindakan serius membendung insiden membabitkan kes raba, komen seksual dan pelawaan seks di tempat kerja.
Protes itu sebahagian daripada gerakan kempen #MeToo – yang menyasarkan kepada individu berprofil tinggi dalam industri hiburan, media dan politik – yang melakukan serangan terhadap golongan berpendapatan rendah, pekerja kolar biru di mana pekerja tanpa harta atau pengaruh menjadi mangsa.
“Bila anda rasa kehidupan terancam dan tidak dapat gaji, ia boleh jadi sesuatu yang amat menakutkan,” kata Ali Baker, seorang pekerja restoran berkenaan bercakap pada peserta protes di depan ibu pejabat McDonald’s di Chicago.
Berpuluh-puluh pekerja syarikat itu dan penyokong mereka membawa kain rentang dan sepanduk, melaungkan kata-kata protes dan berucap berkongsi pengalaman masing-masing.
“Saya berprotes di sini untuk perubahan,” kata seorang pekerja setia McDonald’s yang mendakwa beliau tahu pengurus biasanya mengganggu dan menyerang pekerja.
“Gangguan seksual ialah isu universal. Ia satu penyakit,” katanya. – AFP, 19 September, 2018.
Komen