EMPAT anggota polis Afghanistan dan 20 militan Taliban terbunuh dalam beberapa pertempuran di wilayah Zabul yang terletak di selatan negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tempatan pada Selasa.
“Pertempuran itu meletus selepas militan Taliban melancarkan beberapa serangan yang diselaras ke atas pusat pemeriksaan polis di daerah Arghandab dalam wilayah Zabul pada Isnin.
‘’Militan Taliban telah berdepan tentangan sengit daripada pasukan keselamatan Afghanistan,” kata Gul Islam Sayyal, jurucakap bagi gabenor wilayah itu.
Keganasan semakin meningkat apabila pasukan keselamatan Afghanistan berjuang bermati-matian bagi menangani serangan militan semasa negara itu sedang membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya parlimen dan majlis daerah yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober.
Komen