HONG Kong hari ini mengumumkan yang pasangan sejenis luar negara boleh tinggal dan bekerja di bandar itu selepas penghakiman dikeluarkan mahkamahnya kepada pasangan lesbian warga British tahun ini.
Ia adalah satu langkah ke depan dalam perjuangan hak LGBT di Hong Kong yang dikritik hebat kerana ketinggalan dalam isu kesaksamaan hak itu.
Dasar imigresen yang disemak semula akan berkuatkuasa esok, sesiapa sahaja yang mempunyai ikatan sivil sejenis, perkahwinan sivil sejenis dan perkahwinan sejenis di luar negara layak memohon visa pasangan.
Tetapi perkahwinan sah menurut undang-undang Hong Kong masih lagi memerlukan pasangan heterseksual, berkata yang tidak boleh wujud “sebarang jangkaan” yang kerajaan akan membenarkan perkahwinan sejenis yang ketika ini tidak diiktiraf.
Pasangan heterseksual yang mempunyai ikatan sivil di luar negara turut layak memohon visa pasangan di bawah peraturan baharu itu, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Pasangan British itu dikenali sebagai “QT” menang kesnya pada Julai, menyebabkan semakan semula kepada peraturan visa.
Beliau dinafikan visa pasangan apabila berpindah ke kota itu selepas pasangannya mendapat kerja di situ, dan terpaksa menggunakan pas pelawat tanpa hak untuk bekerja.
QT mengadakan ikatan sivil dengan pasangannya di Britain pada 2011. Beliau disokong institusi kewangan utama dalam perjuangannya mendapat hak visa di Hong Kong.
Mahkamah Akhir Rayuan menamatkan kemelut perundangan itu dengan penghakiman ia adalah “tidak produktif” untuk hanya membenarkan pasangan berlainan jenis memohon visa pasangan kerana ia boleh menghalang pekerja mahir ke negara itu.
Hong Kong hanya membatalkan sabitan jenayah kepada homoseksualiti pada 1991. Walaupun kumpulan LGBTQ berpengaruh di bandar separa autonomi China itu, aktivis konservatif- terutamanya kelompok evangelis Kristian- turut melancarkan kempen menentang hak saksama diberikan kepada golongan LGBT. – AFP, 18 September, 2018.
Komen