Bekas presiden Argentina berdepan pertuduhan rasuah


Bekas presiden Argentina Cristina Fernandez de Kirchner menafikan dakwaan rasuah terhadap beliau. – Gambar EPA, 18 September, 2018.

BEKAS presiden Argentina Cristina Fernandez de Kirchner, hari ini didakwa atas pertuduhan mengamalkan rasuah semasa pentadbirannya.

Menurut agensi berita Xinhua, Hakim Persekutuan Claudio Bonadio telah memerintahkan agar beliau ditahan.

Sebagai seorang senator, Kirchner memiliki kekebalan daripada penahanan, jadi perintah itu tidak dapat dilaksanakan dan perlu dikemuka kepada Senat untuk pertimbangan.

Kirchner, yang begitu lantang mengkritik penggantinya, President Mauricio Macri, telah menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia bertujuan membunuh kerjaya politiknya.

Hakim itu turut mengenakan pertuduhan terhadap bekas Menteri Perancangan Bandar Argentina, Julio de Vido, dan dua lagi bekas pegawai kerajaan.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, pihak pendakwaan telah menggeledah pejabat beberapa syarikat nasional dan antarabangsa selain hartanah milik Kirchner. – Bernama, 18 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen